Kamera
Kamera adalah peralatan yang paling asas untuk memulakan fotografi. Untuk membeli kamera, anda perlu mengenali jenis- jenis kamera yang terdapat di kedai. Antaranya ialah
Compact camera
kemera jenis ini adalah kamera yang paling asas dan paling murah untuk dimiliki. kelebihan kemera ini ialah dimana ia sangat mudah digunakan dan ringan untuk dibawa kemana- mana. Kamera ini adalah kemera pilihan utama bagi pengembara yang gemar mengembara secara "light travel". Jangan salah anggap walaupun kamera ini direka sebagai kamera asas, ia tidak boleh menghasilkan gambar yang cantik. kamera ini boleh menghasilkan gambar yang cantik jika ia berada ditangan para profesional. Oleh kerana zaman teknologi semakin berkembang, kamera compact semakin mengejar teknologi dslr.
DSLR
DSLR atau nama penuhnya digital single lens reflex telah menjadi teman rapat kepada sesiapa yang serius dengan fotografi sejak bermulanya trend kerjaya ini. DSLR telah menjadi pilihan ramai profesional sejak ia mula diperkenalkan. Ini kerana ia lebih jimat daripada kamera SLR yang menggunakan filem untuk merekod gambar.Walaupun DSLR telah menjadi pilihan para profesional, ia tidak menjadi masalah untuk pengguna biasa untuk menggunakannya kerana DSLR telah dilengkapi dengan mode Auto dimana ia adalah mode yang biasa digunakan semua kemera compact (asas). kelebihan DSLR ialah ia menghasilkan gambar yang berkualiti dan ia mempunyai pelbagai jenis lens untuk digunakan pada peristiwa tertentu. kelemahan DSLR ialah ia sangat berat diantara kemera yang lain kerana rekaannya yang memerlukan pentaprism ataupun pentamirror membuatkanya lebih berat.
Mirrorless camera
Ia adalah sistem kamera berteknologi baru dimana ia direka dengan menyingkirkan penggunaan pentaprism ataupun pentamirror bagi bertujuan untuk mengurangkan berat dan size kamera. ia juga mempunyai pelbagai lens untuk digunakan seperti DSLR. Sebilangan rekaan kamera ini tidak disertakan dengan viewfinder dan ia namun ia tidak menjadi masalah kepada pengguna. Untuk pengetahuan anda ramai para profesional telah mula menggunakan kamera ini kerana reka bentuknya yg lebih kecil dan ringan dari dslr. Di samping itu kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera ini setanding dengan kamera DSLR.
Polaroid camera
Kamera ini sudah terkenal sejak bermulanya kedatangan dslr lagi. Ia mengunakan sistem yang lama dengan merekod gambar dengan menggunakan kertas polaroid. kemera ini masih mampu milik kerana harganya masih setanding dengan kamera compact. gambar yang dihasilkan oleh kemera ini sangat tajam namum jumlah tangkapan yang boleh dibuat sangat terhad lebih kurang 10 shot. Namun ia masih menjadi pilihan sesetengah individu yang suka pada kelainan. (hipster)
Polaroid camera
Kamera ini sudah terkenal sejak bermulanya kedatangan dslr lagi. Ia mengunakan sistem yang lama dengan merekod gambar dengan menggunakan kertas polaroid. kemera ini masih mampu milik kerana harganya masih setanding dengan kamera compact. gambar yang dihasilkan oleh kemera ini sangat tajam namum jumlah tangkapan yang boleh dibuat sangat terhad lebih kurang 10 shot. Namun ia masih menjadi pilihan sesetengah individu yang suka pada kelainan. (hipster)
Kebanyakan kamera digital mempunyai persamaan yang sama. Memang tidak dinafikan dunia fotografi ini memerlukan bajet yang tinggi. Tetapi jika anda ingin membeli kamera, anda haruslah memilih bersesuaian dengan bajet dan tujuan penggunaan.
No comments:
Post a Comment